a href="http://www.glitter-graphics.com">
glitter-graphics.com

3/07/2009

Kemeja Maroon terbalik Vs GSXR 1100!

HAAAA!!!..... Ya Tuhan! alamak dah pkul 8.08 dah ni. alamak mati la aku kali ni! hadui camne leh x sedar plak ni. padahal aku dh kunci jam loceng pkol 6.30, x puas hati lagi aku kunci plak alarm hp pkul 6.45. Arghh... blasah jela! aku x kira x mandi pun lantak la janji aku masuk kelas En Mustafa jugak pagi ni. Ni 1st class Typography xkan la aku nak ponteng plak. Aku pun ape lagi sauk je ape yg aku nampak masa tu pastu macam lipas kudung aku terus lompat atas motor Yamaha 135LC aku yang ranggi dan ape lagi pecut la... aku rasa masa tu cam jalan raya tu harta pusaka daripada tokwan aku, langsung x bagi chance kat mat motor ke mat rempit ke nak potong janji aku masuk kelas sbm ISO...

Alamak! lampu merah la plak, hadui! aku rasa masa tu cam nak turun je dari motor pastu nak pi gigit2 je tiang trafic light tu. Tengah aku dok concertrate pandang tepat kat trafic light tu sambil mengetap-ngetapkan gigi sampai berkerut-kerut dahi,(lagak seorang nenek yang xde gigi tengah makan dodol) tiba2 piuuuu... dtg 1 motor besau suzuki GSXR 1100, mencelah-celah tengah2 sesak ngan kenderaan dan berhenti sebelah aku. Perghhhh... siap jaket kulit hitam, helmet ranggi siut, kasut dia toksah nak kira ar... sempat lagi dia jeling kat aku, siap angkat wiser helmet tu... x payah nk act laa kt aku tau la motor dia cun tapi blm tentu tuan dia ensem bro! Tapi yang paling buat darah aku mendidih masa tu boleh plak dia tetiba je ketawa kat aku! hampehnyer jantan. aku taula aku x mandi pagi ni tapi bukan dia tau pun tapi apsal plak dia gelak kat aku? aku pun dengan act jugak la beri isyarat mendongak kepala sambil angkat kening (kalo dalam bahasa mudahnya umpama aku menyapa dia," kenapa x puas hati ke!)

Bila lampu hijau menyala aku ape lagi pecut ar. Woi bro ko ingat motor ko besau ko laju sangat la ek! boleh blah! gerutu aku dalam hati. aku pun terus je masuk pintu utama kampus tanpa pandang dah kat pak guide kiri-kanan pastu terus jalan. Sampai kat parking motor aku cepat2 lompat turun dari motor tanpa cabut helmat aku terus berlari ke kelas.

Huh! macam nak putus usus aku blari. Tapi sampai depan pintu kelas aku buat2 cool sebelum masuk. Sempat lagi aku betulkan tudung dan... Alamakkkkkkkkkkkk!!!.......... Aku pakai baju terbalik rupanyerrr..... malu! 100x... aku pun terus berlari ke tandas sebelum classmate aku nampak aku dalam keadaan yang sangat tak senonoh tu. Sampai kat tandas aku gelak besar kat diri sendiri... HUAHUAHUAAAA!... padan la mamat tadi pun tergelak tengok aku. tapi xpe dia bukan cam pun aku kompem punyer. aku cepat2 menalih baju, betulkan tudung dan sana-sini ape yang patut seolah-olah xde ape yang berlaku.

Aku tarik nafas panjang-panjang, sambil tersenyum manis ala-ala anak dara pingitan gitu aku pun melangkah masuk ke kelas. Belum sempat aku habis control ayu, mata aku sepantas kilat memandang lecturer yang macho lagi sasa yang dah sedia ada kat depan tu. En. Mustafa la agaknya kat depan tu. Alamak senyuman sinis tu aku kenal laaaaaaaa......... Makkkkkkkkkkkkk aku nak balik skg jugak!!! Mampus aku itu bro yang gelak kat aku kat trafic light tadi la! yang x tahannya aku siap tunjuk muka x puas hati lagi tadi. malu!!! 200x. Apela nasib aku ari ni. Aku tunduk dengan muka yang dah macam kura-kura tertelan sabun pastu cepat2 ambik tempat duduk yang paling tersorok supaya aku dapat sorokkan muke aku yang dah naik hijau rasanya ni.

Sepanjang kelas aku x angkat langsung muka aku, aku cume perhatikan urat2 mozek pada lantai bilik kuliah tu. Otak aku menerawang entah ke mana yang aku dengar cume En Mustafa ni lecturer luar yang ambik alih kelas aku sebab En Manan yang sepatutnya mengajar subjek Typo ni pergi over sea untuk further study. Yang lain2nya aku langsung x dengar, definisi typo ke ape ke... zero! Tengah aku dok hanyut dalam dunia aku sendiri tiba-tiba sayup2 aku dengar nama aku di panggil. "Wildani! Wildaniiii..., ade orang nama Wildani binti Muhammad dam kelas ni?" panggil En Mutafa. "Sa..saya Encik."Jawab aku kehairanan. Aik! mana pulak dia tau nama aku ni? Mungkin dia tengok dalam list names kot, kebetulan je kene nama aku kot. Aku dengan kepala yang blur bingkas bangun pura2 yang aku mengikuti kuliah En Mustafa. "Tolong bagi maksud tulisan san serif dan bagi satu contoh tulisan jenis san serif!." Pinta En Mustafa tegas tapi lembut. Baru sekarang aku dengar suara En Mustafa yang serak2 basah ala2 penyanyi favaurite aku, Jamal Abdillah.

Hadui lagi satu bala yang buat aku malu hari ni. Dah la aku x dengar sepatah haram lecture dia tadi, alih2 alih dia tanya aku soalan plak. Ish dia ni memang saja nak cari pasal ni agaknya! Bebel aku dalam hati. "Saya bagi definisi dalam ayat yang saya feham boleh En?" Tanya aku. Itu ayat nak cover sebenarnya. "Tak kisah, janji awak faham." Jawab En Mustafa. Hadui naik cair juga aku dengar suara en ni banyak2 kali. "San serif tu huruf yang xde ekor. San maksudnyer tanpa dan serif tu maksudnye ekor. Contohnya forn jenis Arial. betul En?" Aku akhiri jawapan aku dengan soalan. "Huh! hebat, saya belum ajar lagi awak dah tau. sebenarnya saya cuma nak test level pengetahuan awak je. bagus Wildani!." Puji En Mustafa.

Saat tu aku umpama terbang di awangan sekejap dek pujian En Mustafa yang macho lagi encem tu. Hahaha mengaku jugak aku yang dia tu handsome ek! Aku terlupa sekejap pedajal yang pagi2 buta tadi aku dah lakukan pada pensyarah aku ni. hehe.. asyik sangat dengan pujian tu. Aku senyum2 malu sendiri. Saat tu pandangan aku pada En Mustafa mula berubah, pada mulanya aku melaut tapi sekarang aku dah mula suka dia jadi lecturer aku.

Class dismiss. Belum sempat aku melangkah keluar dari bilik kuliah, sekali lagi suara serak2 basah tu memanggil aku. Aku menoleh ke belakang tanpa memusingkan badan. " sekali lagi En. Mustafa senyum sinis dan ketawa kecil pada aku. Tapi kali ni aku x ambil pusing dengan reaksinya tu. Lantas dia tunjukkan satu gugusan anak kunci bersama key chain yang memang aku kenal sangat, padakey chain tu tertulis nama penuh aku, patut la En Mustafa panggil aku tadi. Aku melopong sambil terbeliak biji mata. "Alamak En kunci motor saya!" jawab aku spontan sambil menyelirap darah aku naik ke muka akibat malu yang x terbendung lagi. malu!!! 300x. Jerit hati aku. "Tu la lain kali anak dara jangan bangun lambat. Hehe.. sampai pakai baju pun terbalik dah tu tertinggal kunci motor plak kat motor, nasib baik saya jumpa kalau tak melepas la motor awak yang cun tu..."Perli En Mustafa dengan nada bergurau. aku cume senyum cam kerang busuk je cover malu.

Memandangkan kami parking motor tempat yang sama terpaksalah aku jalan seiring dengan En Mustafa. Semua mata yang memandang terutamanyaperempuan sekelas tadi menjuih bibir seperti kejalousan. Haha aku gelak dalam hati. "En. xde kuliah lagi kat sini hari ni?" pura2 bertanya sebab dah x tau nak cakap ape! "Xde, hari ni saya satu kelas je kat sini. lagi pun jadual saya memang free hari ni. kali ni En Mustafa bercakap sambil memandang tetap ke mata aku seolah-olah bercakap dengan seorang kawan bukan lagi seperti komunikasi pensyarah dengan pelajarnya. Matanya sepet dan redup tapi anak matanya berkaca. Perghhh... cair wa cakap lu! tapi aku masih lagi sedar diri yang En Mustafa tu pensyarah aku, jadi aku bercakap dengan lagak bersahaja tetapi penuh hormat.

Sampai sahaja dekat motor. Aku merenung seketika motor Suzuki GSXR 1100 berwarna hitam dan ber'sticker' sporty tu, macam pelumba motor tuh gaya En Mustafa ni. Erm biasa la gaya orang muda. Nampaknya En ni macam baru 28/ 29 tahun je. So memang muda pun x beza mana pun dengan umur aku yang dah 25 tahun ni. Sebelum berlalu, En Mustapa sempat berpesan, "jangan naik motor laju2, anak dara tak sesuai tau! ". Sambil melirik nakal pada aku lalu beredar dengah gahnya.

Aku tergelak kecil sendirian teringatkan peristiwa pagi tadi. Hahaha.. lawak betul hari ni tapi... what a wonderful day! pasal aku dapat lecturer yang encem, baik n mesra rakyat la kire... hehe x sabau plak nak masuk kelas minggu depan. Hahaha... nakal!

4 comments:

MARiE LUkMAN™ said...

ni betol2 ke mimpi?

best giler...

MARiE LUkMAN™ said...

Knp kte pilih bunga Rosemarie, bkn bunga ros, bunga raya, orkid, n bla..bla..bla... sbbnyer Rosemarie ni bkn sbrngn bunga tau! Ia sjns tumbuhn herba wlaupun x cntik n wangi cm bunga2 lain tp mnfaatnyer besar. Ia juga sukar ditemui, xdonyo nk jumpo kek topi2 jln ha... Mngkut kajian astrologi org yg bzodiak virgo ssuai dgn bunga Rosemarie ni. So jdlh spt bunga Rosemarie ni tau, blh mberi manfaat kpd org lain n bkn jns yg senang2 dperolehi (mjg maruah diri n keluarga ngn sebaik mungkin) wlaupun x scntik bunga ros tp tinggi nilainya.


macam makne nye utk saye je....

Princess Fantaghiro said...

ermm...
"So jdlh spt bunga Rosemarie ni tau, blh mberi manfaat kpd org lain n bkn jns yg senang2 dperolehi (mjg maruah diri n keluarga ngn sebaik mungkin) wlaupun x scntik bunga ros tp tinggi nilainya."
maknenye utk kte sumer...macam kte!!!...

Princess Fantaghiro said...

haha... rse2nye its really happen or not?

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.