a href="http://www.glitter-graphics.com">
glitter-graphics.com

3/09/2009

Hadiah yang sempurna...

Loan PTPTN aku dh masuk! Haha.. kat kepala ni dh tbayang benda ape yg aku nk beli untuk sem ni. Kata orang duit kalo simpan tetap habis tapi kalau beli barang nampak bendanya, so aku memang pakai hujah tu untuk membolehkan aku belanja duit loan aku tanpa rasa bersalah sikit pun... hahaha aku mmg pemboros skit, hehe.. tapi sikit jela sebab aku sedor diri yang aku bukanlah anak orang senang pun. Setakat anak felda, mewah mana la sangat, walaupun orang kata felda sekarang loaded2. Huh itu kata orang, poket kita, depa nampak ke!
******* Lalalala... senangnya dalam hati bila loan dah masuk. Berbalik pada benda2 yang aku nak beli tadi, pertama-tama sekali aku nak beli sebuah tafsir al-Quran yang aku dah niatkan sejak 3 bulan lalu. Masa tu kalau tak salah aku baru bulan 4, sekarang dah bulan 7 dan lagi 2 bulan akan masuk bulan istimewa, SEPTEMBER. Bulan kelahiran aku dan juga bulan kelahiran teman yang baru beberapa bulan ni aku kenal. Hehehe kalau nak tau sebenarnya tafsir tu... hadiah untuk dia la.. hehe malu plak nak cakap! teman kte tu lelaki tau kalau nak tahu, hehe dah agak lama la sejak abis form 5 aku xde kawan lelaki. Lagi pun aku memang x sesuai kawan ngn laki pasal aku ni kasar skit, so nanti lagi kasau la jawabnyer. Nak buat camne pasal adik bradik aku memang ramai lelaki so gen "x" tu kuat skit la kat aku ni. *******
Tapi teman aku ni bukan sebaya ngan aku, dia lebih tua beberapa tahun daripada aku, malas la nk sebut beza brape tahun pasal x jauh mana pun bezanya. Tapi... aku senang bangat kawan ngan dia pasal mungkin kami lahir bulan yang sama so banyak la persamaan yg ada antara kami. Orang kata ala de chemistry la konon. Hehe padahal dah zodiak tu sama so mmg la de persamaan skit sebanyak. Tapi saje je aku nk pegang pada chemistry tu, gatal! hehe... *******
Benda pertama yang aku beli guna duit loan sem ni memang sebuah tafsir al-Quran. Dengan penuh 'excited'nya aku balut tafsir tu cantik2 dan aku simpan dalam almari baju rapi2. Lagi 2 bulan aku akan keluarkan tepat pada masa yang sesuai dah terus terbangkan kepada orang yang selayaknya untuk terimanya sebagai hadiah hari jadi yang ke-27 tahun. Aku sengaja siapkan awal hadiah tu supaya nanti aku tak terleka sehingga terlupa untuk mengirimkan hadiah tu. Setiap kali aku buka almari baju, aku mesti terpandang hadiah tu dan aku cuma tersenyum sendirian. Haha kelakar la aku ni! kenapa la aku terlalu beria-ia kali ni. Erm entahla.. Dil to pagal hai maksudnya hati ini memang gila, kalau x salah la maksud dia. *******
Hampir 2 bulan berlalu. Aku cuma mendiamkn diri, lalui hari2 spt biasa... Dan SEPTEMBER bakal menjelma seiring dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tapi bila hampir tiba masa yang aku tunggu2 selama ni tiba2 ada sesuatu yang membuatkan hati aku berubah. Tiba2 aku rasa aku bodoh, buat kali pertamanya dlm hidup aku jd terlalu bodoh spt ini!!! Aku cukup knl ke sp dia ni? knp dsebabkan chemistry yg ntah kebetulan je tu aku smp blh jd sasau cmni... hadui!!!.. ntah pape la aku ni. selama ni aku wt x endah je kt makhluk yang bernama lelaki dalm hidup aku. Ntah kalau dlm base kasau ni gila meroyang ke ape aku ni! Okla so x jd la nk pos hadiah tu, lgpun ntah mamat ni sudi terima ke x ntah? Bday aku, aku dpt a simple wish je so aku pun just kasi wish jugak la... aku x harap pun de org akn bsusah payah utk kasi hadiah kt aku. tanda ingtn dh cukup! ******* Hadiah x jadi kukirimkan, jadi duduk la sahaja ia dalam almari baju aku tanpa pembalut hadiah bertema hari jadi dulu kerana aku telah koyakkannya. Tapi bukanlah tanda aku kecewa or sakit hati ke ape.. tapi sebab dah x sesuai lagi dengan pembalut hadiah tu. Ramadhan berlalu x terasa, bila Oktober menjelma, Syawal juga muncul seiring. Bermakna telah sebulan SEPTEMBER tinggalkan aku dgn byng2 yg samar... bayang ape n bayang sp ntah... aku x tau... ******* Bila Syawal menjelma aku ingt nk lunaskn je niat aku yg aku dh lame peramkn je... so aku ingt nak kasi je hadiah tu pada hamba Allah yg sepatutnya... sng citer jemput je dia dgt beraya kt umah aku abis citer boleh direct je kasi. ******* Tibalah hari untuk aku balik kampung untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh harapan dan perasaan yang berbunga-bunga. Yang pasti tafsir al-Quran tu adalah barang pertama yang aku packingkan masuk ke dalam beg, bimbang kalau2 aku terlupa plak nanti. Sepanjang perjalanan dalam bas aku cuma lelapkan mata, penat puasa jadi malas nak menerawangkan fikiran dengan benda2 yang x berfaedah. Hehe tidur orang berpuasa pun kira ibadah, jadi ape lagi ambil peluang wat ibadah lebih la ni, hehehe.. *******
Bila sampai di rumah, tafsir al-Quran tanpa pembalut tu aku letak atas meja solek dan saki-baki hari yang tinggal aku gunakan untuk membelek-belak tafsir tu sebab nanti dah xleh nak tengok lagi sebab akan bertukar tuan kelak, fikir aku. Sudah 6 bulan tafsir tu aku beli dan sekali-sekali aku mbacanya. Biasanya aku baca tafsir aku sendiri tapi skali-sekala saja buang tebiat nak baca tafsir baru hehe... Tafsir tu nampak lagi cantik tanpa pembalut. tp kira last la aku simpan ni psl dh mls nk pk2 dh*******
Malam raya seperti biasa aku akn sms kwn2 wish raya n jemput dtg umah tmasuklah dia ni jgk. Takbir Syawal memecah kebeningan pagi dan menyemarakkan semangat ziarah-menziarahi dan bermaf-maafan sesama sanak-saudara dan sahabat handai. Aku bbaju raya mnunggu kwn2 dtg tp 1 btg hidung mber aku pun aku x nmpk... xpela kot2 org dkt n dtg kot sebelum ni dia yang beria-ia nak datang beraya kt rumah aku, tunggu jelaaaa... *******
Hari dah semakin petang, hari raya pertama sudah hampir sampai ke penghujungnya. Ketika tu aku duduk sendirian di pangking bawah pokok asam jawa depan rumah sambil mata memandang ke arah jalan raya, lengang! raya kali ni raya yg paling xbest bg aku... dh bosan dok kt luar umah aku pun masuk ke bilik, tafsir al-Quran tu masih di situ di atas meja solek n rsnya akan trs kekal bsm aku. Hambar... niat x kesampaian. Nk wt baik pun org x sudi... xpelah abaikan jela... ******* Raya ke-4 aku dah balik semula ke rumah sewa. Sebagai mana aku pulang ke kampung begitu jugalah aku kembali semula ke sini, bertemankan tafsir al-Quran yang sm. Penat! aku campakkn dri atas katil n nk lelapkn mata tp teringt tafsir Quran yg masih dlm beg. So aku keluarkan n kembalikn ia ke tmp asal, dalam almari. Biarlah dia di situ kerana aku malas nak fikir apa aku mau buat dengan tafsir tu. Mau sahaja aku gunakannya tapi aku sudah ada sebuah tafsir al-Quran yang telah sekian lama aku guna dan aku sudah terbiasa dengan tafsir tu. Lagipun brg yg aku dh niatkn utk orh lain x elok pulak kalo aku yg gune sndri. ******* Aku x mau lagi simpan tafsir tu sbb tafsir tu bkn aku punya sejak mula aku belinya. Sekarang dah masuk bulan November. Dah terlalu lama aku simpan tafsir tu jadi hari ini aku nekad memberikan tafsir tu kepada orang yang tahu mengargainya. Jadi dengan segala senang hatinya aku telah sedekahkan tafsir al-Quran tu kepada seorang kwn. Kawan yang aku pilih ni adalah kawan yang sentiasa berdampingan dengan al-quran jadi pastinya dia akan sentiasa menggunakan tafsir pemberianku itu. Bukan niat aku supaya dia sentiasa ingat pada aku tapi sengaja aku berikan padanya sebagai sedekah atas nama kwn SEPTEMBER aku tu tafsir tu jadi pahalanya akan terus-menerus sampai kepada dia sampai bila2 selagi tafsit tu memberi manfaat kepada kawanku tu, insya Allah. Dan aku x pernah berharap wlau sedikit pun bahagian untukku daripada sedekah tu. pemberian yg tlalu kecil aku kira yg penting punya makna tsndiri. Ape mknenye pun aku x tau... ntah kdg2 aku ni giler skit suke wt benda yg aku sndri xtau tujuannye... yg penting ia buatkn aku rs sng skali. niat tertunai wlau hajat x sampai. Nevermind benda kecik je tu. Tp lain kali jgn nk gatal2 nk niat2 pape yg blm tntu tcapai nnt mnyushkn diri sndiri. Wlaupun niat aku baik tp ade yg hargai ke??? Ahhh...lupekn jelah. Org biarlah org... aku biarlah aku, xde kaitan dgn sp2 pun...*******
Semoga dia bbahagia di hari lahir yg ke 27 tahun. Aku x pernah harapkn ape2 n x akan harapkn ape2 pun pd sp2 pun lps ni. N pengajarannya jgn tlalu baik utk sntiasa mbahagiakan hati org lain sedngkan ape yg aku buat akhirnya mngecewakan diri sndiri. Kecewa??? knp aku kecewa? yelaaa aku mngaku mmg aku kecewa jgk la sbnrnya sbb rs mcm x dhargai n x dperlukan langsung dlm hidup orh lain. ok la fine aku terima mmg aku x diperlukan pun... so tunggu ape lg blah jelaaa... Terima kasih utk 1 pngalmn yg... yg ape pun aku x tau nk kategorikan! yg pape jela... Aku x nk kasi sp2 lg hadiah utk bday dia... bday aku pun x pyh sp2 kasi hadiah. Buang duit n buang mase je... xde hadiah pun aku ttp besar jugak. Mbesar dgn semangat n kepercayaan pd diri sndri, sebagaimn org lain x mnggp aku bmakna dlm hidup mereka spt tu la jgk org2 tu smua xde makne dlm hidup aku. Walaupun serius aku tipu sebenarnya. Aku tipu sp peduli! Aku punyer psl laaaa... huh!
( memory of SEPTEMBER 2008)

1 comment:

Nazifa said...

thanks ya followed my blog..
princess fantagiro..
ku kenal fantagiro tuh...
cite paling ku suke.....
:)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.